have a listen! ;)

hello,hi. :)

feel free to read.
i am just one of you;
a human.



December 21, 2011

sementara mampu

bukan mudah mencari keselesaan.
semua sedia maklum;
TIADA manusia yang SEMPURNA.
khilaf, mungkin jua terabai.


kadangkala kita tak nampak cacatnya.
untung jika kita sedia maklum akannya dan boleh menerima.
kebanyakan kita, hampir lali dengan khilaf manusia.
bergelumang dalam dosa dan hina.

"tepuk dada tanya selera"

mungkin kita pernah tikam belakang.
mungkin juga kita tak sengaja.
atau ketika itu kita terdesak.


"tikam sana, sembunyi sini.
tikam sini, sembunyi sana."

tiada yang mustahil.
rambut sama hitam,
hati siapa tahu?

namun, yang menikam pasti sudah tahu bahawa
sekelip mata sahaja balasan boleh turun menimpa.
masih tak layak untuk kita megah dengan kekuatan yang ada.

"si pencipta itu MAHA adil"

untuk setiap yang berlaku, gunakan kebijaksanaan.
pada yang silap, harus baginya akur.
pada yang betul, berikanlah kemaafan.
setiap yang berlaku ada hikmahnya.


hai manusia yang boleh membaca!
jangan dilupa, hidup ini ibarat roda
dan satu pusingan adalah 360 darjah.

"usah diasah lagi kerana yang tumpul itu sudah cukup tajam"


sekadar peringatan kepada yang mungkin  
belum tahu dan juga yang telah terlupa

'kadangku terlupa jua, pakaikan aku kaca mata"
-frvrjak-

No comments: