have a listen! ;)

hello,hi. :)

feel free to read.
i am just one of you;
a human.



July 19, 2011

kelu hati.

jikalau ini yang diterima,
apa lagi yang bakal menimpa?
hidup segan mati tak mahu,
perlukah semuanya diletak di satu bahu?

panglipur lara mengarang kisah.
membawa sebuah hati yang gundah.
dalam menyorong dan menarik papan,
katamu itu kuanggap satu tikaman.

andai kata ini yang terakhir.
mungkin ais di kutub telah cair.
andai kata ini yang permulaan.
kusahut pisaumu biarpun segan.

mungkin dengan cara ini aku akan berubah.
mungkin juga hatiku berpindah-randah.
mungkin juga aku terus kekal sebagai aku.
rimas dengan ludahan hina berbahasa baku.

adanya dengan cara.
adabku dengan bahasa.
niatku bukan sengketa.
inginku masih sengsara.

malap.
gelap-gelita.

No comments: