setelah si Melayu mengangkat board untuk exhibition pada keesokan hari,
si India datang meluru ke arah si Melayu dan berkata :
"these are our boards. with whose permission and why do you take it? we have posters all over it and tomorrow we must present it."
si Melayu tercengang. si Melayu terus memandang si Cina yang berada beberapa puluh kaki jauhnya. si Cina masih lagi sibuk mengatur kedudukan kelasnya untuk keesokan hari. lantas si Melayu menjawab :
"we took this with Mr. A's permission. he asked us to take the board at your place." walaupun gugup berbahasa inggeris tetapi si Melayu berjaya memartabatkan maruahnya untuk turut memberikan respons dalam bahasa inggeris.
"ayuh kita selesai kan benda ni kat pejabat." sambung si melayu, tidak mampu memberikan order dalam bahasa inggeris lagi terhadap si India. si Melayu mengatur langkah ke arah si Cina dan berkata, "we took their board. they want to use it tomorrow." si Cina terduduk. untuk pengetahuan para pembaca, si Cina telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan board yang disebutkan.
"aiyoo,macamana ni? kite tempah lagi awal la. we even talked to Mr A about this" kata si Cina. si India tidak mahu mengalah, "mana boleh macam tu. we have Mr B's permission to take the board. and we even paste the posters already. kita pun nak pakai jugak besok. let's go to the office and ask them about this." si Melayu masih lagi di tahap blur. masih juga penat kerana baru sudah mengangkat board-board yang ada.
si Melayu tidak lagi berkata-kata, terus menyusun langkah ke arah pejabat dek penat yang melanda. sesampainya ketiga-tiga orang ini ke pejabat, Mr A tiada. begitu juga dengan Mr B. mujur lah Mrs Z sudi membantu. si India mendapat advantage kerana mereka memohon board itu dengan prosedur yang betul. si Cina masih lagi membantah. si Melayu senyap.
Mrs Z cakap, "ha,cakap dengan Mr A.", menghulurkan phone pejabat kepada si India. si India petah berkata-kata melalui telefon untuk menegakkan haknya ke atas board itu. si Cina membantah dari belakang dan juga turut menegakkan haknya kepada Mrs Z. si Melayu masih tercengang.
si India meletakkan telefon dan meluru keluar daripada pejabat. dia memberikan body language yang bermaksud "follow me" kepada si Melayu. si Melayu terus tarik si Cina untuk turut keluar. dibawanya si India ke satu bilik yang ada beberapa board lagi yang boleh dipakai tetapi sedikit rosak.
si Cina cuba mem bargain demand si India. si Melayu masih senyap. sampai satu ketika, si Melayu bersuara, "there must be reasons why Mr A didnt tell us about this boards here. logically, they must be out of order already." si India tercengang. begitu juga si Cina. "macam ni lah. we give back what's yours then we take this boards here."
si India tersenyum. si Cina masih sedikit tidak puas hati. si Melayu berkata lagi kepada si Cina, "kita bagi balik lah diorang punya. lagipun diorang dah tampal semua tu". si Cina tersenyap seketika dan bersetuju. perkiraan dibuat dan si Melayu menghantar kembali board si India. walaupun perjalanan agak jauh dan board itu agak berat, itulah perkiraan yang telah dilakukan. si Cina juga memulang kan board yang tertampalnya poster si India.
sebelum si Melayu menghantar board si India, si Melayu meminta bantuan si Cina untuk menguruskan board kelasnya. si Cina dengan bermurah hatinya membantu si Melayu untuk mengangkat board si Melayu dari bilik tersebut.
jadi, apa yang satu malaysia?
toleransi.
kesefahaman.
kerjasama.
semua benda ni sebenarnya berlaku sekeliling kita,
cuma kita je tak sedar.
p/s-si Melayu sepatutnya dapat 4 board dan pening sebab ada 8 kumpulan semuanya di dalam kelas nya. di penghujung cerita, 9 board yang diperolehi untuk kelasnya. nak ape lagi? ;)
1 comment:
Post a Comment